Sunday, 30 May 2010

Faktor memepengaruhi prestasi intelek anak-anak

Faktor Baka

Baka merupakan salah satu factor yang mudah untuk kita melihat tahap inteleks kanak-kanak. Misalnya ibubapa yang berasal dari keluarga yang daya intelektualnya tinggi akan menurun pada anaknya. Tapi factor ini semata-mata juga tidak semestinya bijak dan pandai. Ini bergantung pada kebijaksanaan ibubapa mendidik anak mereka.

Faktor Kesihatan

Kesihatan penting bagi seseorang kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti dan intelektualnya. Tanpa kesihatan yang baik, anak-anak akan murung dan tidak cergas. Kesihatan penting untuk merangsang otaknya, ke arah pemikiran yang mantap dan cepat
mempelajari apa yang diajarkan kepada anak.

Faktor Pemakanan

Makanan yang baik untuk anak-anak yang sedang sedang membesar ialah makanan yang mengandungi zat dan vitamin. Anak-anak juga digalakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemakanan yang seimbang dapat mengawal pertumbuhan otak yang cergas dan sihat. Sebagai seoarang muslim, ibubapa mestilah sedaya upaya memastikan setiap yang masuk kemulut anak-anak mestilah dijamin halalnya.

Sikap Ibubapa

Jelas di sini persekitaran memainkan peranan dalam meningkatnya prestasi seseorang kanak-kanak. Persekitaran yang baik di sini ialah wujudnya tempat belajar yang selesa, situasi keluarga yang harmoni dan masyarakat sekeliling anak-anak yang baik.

Kaedah Pembelajaran

Ibubapa mengaturkan satu keadaan yang tetap untuk anak-anak belajar dengan betul, bermain dan berolahraga, bermain, rehat dan hiburan yang cukup untuk anak-anak . Aturan ini akan mengelakkan anak-anak menjadi dari menjadi bosan dan terkongkong.

Galakan dan Minat

Galakan yang kuat datangnya dari ibubapa di samping minat yang timbul dengan sendiri dari anak-anak itu, tumpuan sepenuhnya akan dapat diberikan kepada rangsangan-rangsangan tertentu. Minat merupakan perhatian yang berterusan dan cenderung untuk melakukannya terhadap pelajaran, ibubapa tidak akan menghadapi masalah yang berat dan rumit.

Monday, 24 May 2010

Pertandingan "Cinta-Mu & Hati-Ku"

Assalamualikum semua...

Cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Tentu anda semua banyak menerima undangan perkahwinan dari sanak saudara, rakan taulan mahupun jiran tetangga..

Oleh itu, semperna Musim Perkahwinan ini, kami telah menganjurkan satu pertandingan iaitu "Cinta-Mu & Hati-Ku"...

Tiada syarat penyertaan ditetapkan.. anda hanya perlu post luahan rasa cinta terhadap kekasih atau suami/isteri dalam 500 patah perkataan... Luahan rasa cinta yang menarik dan kreatif akan dipilih menjadi juara..

Pemilihan juara akan dinilai oleh pengadil-pengadil professional kami... Hadiah yang ditawarkan adalah sebuah novel KarangKraf Sdn Bhd.. (yang menariknya anda boleh memilih sendiri tajuk novel yang anda inginkan.. dan kami akan tunaikan jika anda adalah pemenangnya).

Selain itu.... hehehehe sang juara juga akan dihubungi oleh Perkahwinan-1Malaysia untuk kami pos-kan luahan rasa cinta anda kepada sang kekasih dalam bentuk poskad. Lakukan kejutan untuk insan tercinta yang paling anda sayangi...

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Jun 2010..

"Cinta-Mu & Hati-Ku"

So anyway, just click at the ‘Comment’ page and leave your feel now!!! :D

Good luck to all people! XoXo!!! ^_^

p/s : oleh kerana blog Perkahwinan-1Malaysia ini masih baru dah masih tidak mempunyai ramai pengikut.. kami berharap anda akan suggestkan blog ini kepada rakan-rakan serta sanak saudara kerana alhamdullilah.. walaupun masih baru.. kami sudah dapat banyak sponsor.. :)

Selepas ini banyak lagi pertandingan yang akan kami buat untuk anda semua... Jadi setialah bersama kami.. :)

Perkahwinan Artis Malaysia Yang Hangat

1. Perkahwinan Yang Paling Ditunggu Ramai

Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21-08-2006)

Majlis perkahwinan Siti Nurhaliza Taruddin merupakan perkahwinan yang paling ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Siti mula memberi isyarat kepada umum bahawa hatinya sudah berpunya ketika menerima Anugerah Bintang Popular 2005 dengan ucapan, “Ini merupakan hadiah kepada peminat, terima kasih kepada teman-teman seperjuangan dan juga orang yang saya sayangi”.

Makan hati seluruh jejaka Malaya apabila mendapat tahu Siti memilih lelaki yang jauh lebih matang dengan misai lebat di bibir! Mulalah ramai lelaki yang menanam misai dengan harapan dapat memikat gadis-gadis yang ayu macam Siti. Kata Siti, dia suka cara Datuk K melayan anak-anak. Nampaknya skill pandai melayan anak juga boleh digunakan sebagai taktik memikat hati wanita. Sudah setahun lebih berumahtangga, Siti dan Datuk K masih mendapat perhatian peminat dan media hingga ke hari ini.


2. Perkahwinan Yang Diserbu Tetamu Tidak Diundang Paling Ramai

Ziana Zain & Armin Zaharin (2-5-1998)

Artis berpinggang kerengga ini cukup top pada tahun 90-an dengan lagu-lagu bernada tinggi serta diketahui umum sebagai gadis pujaan hati Azwan Ali. Pertunangan Ziana dengan seorang kakitangan MAS tidak dapat dihidu wartawan tetapi apabila dia diijabkabulkan dengan Armin Zaharin di rumah ibubapanya di Subang, majlis perkahwinan Ziana telah diserbu oleh 15,000 peminat yang tidak diundang.

Dikhabarkan, bapa Ziana, Pak Zain yang terkenal dengan sifatnya yang baik hati, telah memesan dua lori nasi minyak untuk menampung tetamu yang begitu ramai. Pandai betul Pak Zain cari syarikat yang boleh hantar nasi minyak pakai lori. Perkahwinan beliau juga telah menyebabkan Ogy dan rancangan Melodi disaman Azwan Ali berikutan komen Ogy yang mengatakan Azwan makan hati sengsorang kerana Ziana sudah bernikah. Ziana dikurnia dua orang anak lelaki bersama Armin dan kekal sehingga ke hari ini.


3. Perkahwinan Ditaja Paling Singkat

Erra Fazira & Yusry (15-3-2003)

Erra Fazira merupakan pelakon handalan cantik jelita dan Yusry KRU pula ialah seorang artis lelaki kacak bergaya serta kaya. Apabila kedua selebriti ini memutuskan untuk mendirikan rumahtangga, begitu ramai pihak yang mahu menaja kerana pasti perkahwinan ini akan mendapat coverage luar biasa.

Tekaan pihak penaja tepat sekali apabila perkahwinan Erra dan Yusry merangkul takhta Wedding of the Year 2003 apabila majlis perkahwinannya dibuat secara besar-besaran di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Run Razak Kuala Lumpur dan dihadiri oleh 10,000 peminat. Nak tambah glamor, kedua mempelai guna banyak angka tiga seperti nikah pada 15-3-03, wang hantaran bernilai 33,333.33, entourage pihak lelaki seramai 33 orang dan mereka kena datang pukul 3.30 petang. Malangnya, pasangan Erra dan Yusry mampu bertahan selama tiga tahun sahaja dan bercerai pada 16-6-06.

4. Perkahwinan Yang Mempunyai Hantaran Paling Tinggi

Mazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)

Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M yang kecil molek bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987 dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit.

Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja.

5. Perkahwinan Duda Malaysia Paling Laku

M. Nasir & Marlia Musa (31-08-2000)

Komposer dan penyanyi terkenal M. Nasir ialah jenis lelaki semakin tua semakin menarik. Walaupun beliau seorang duda beranak lima, faktor ini tidak menjadi halangan untuk dirinya digilai oleh ramai wanita Malaysia daripada pelbagai lapisan umur. Pada 31 Ogos 2000, beliau memilih untuk bernikah dengan pelakon popular Marlia Musa yang membuat ramai wanita ternganga tidak percaya.

Menurut Marlia, M. Nasir merupakan cinta pertamanya dan bagi M. Nasir, Marlia merupakan wanita yang boleh mengisi kekosongan hidupnya dan anak-anak.''Saya suka sesuatu perkara misalnya sejenis kain dan dia (Marlia) ada kain itu,” kiasan yang sukar dimengerti oleh orang biasa. Marlia disunting dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000 termasuk lima anak segera daripada perkahwinan M.Nasir yang sebelumnya.

6. Perkahwinan Tutup Kontroversi

Linda Rafar & Keifli (1-5-1999) vs Edry & Milia Mohamad (5-11-1999)

Linda Rafar, penyanyi kumpulan ala-ala Spice Girls Malaysia yang berada di bawah naungan KRU Records pernah mempunyai hubungan cinta dengan Edry KRU, adik paling bongsu kumpulan tiga beradik KRU. Pada tahun 1999, 11 gambar bogel dengan aksi-aksi lucah yang begitu mirip kepada mereka berdua telah terpampang di Internet. Sejurus selepas kontroversi itu tercetus, Linda dan Edry menutup cakap-cakap orang dan kontroversi yang melanda dengan bernikah dengan pasangan masing-masing.

Linda Rafar bernikah dengan pemandu go-kart kebangsaan, Keifli Datuk Othman pada 1 Mei 1999 manakala Edry pula bernikah dengan Milia Mohamad, setiausaha kepada abangnya Norman pada 5 November 1999. Perkahwinan Linda Rafar dengan Keifli mampu bertahan selama lima tahun sahaja setelah mendapat dua orang hero dan mereka bercerai talak satu pada 5 Ogos 2004. Edry pula baru sahaja menimang cahayamata ketiga pada 15 Mei 2007.

7. Perkahwinan Yang Mengetepikan Wartawan Hiburan

Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari (4-08-2007)

Natasha Hudson, model terkenal kacukan Melayu-Indonesia-Australia, tidak putus dilanda pelbagai serangan gosip tabloid apabila beliau menamatkan perkahwinannya dengan Mohd Faiz Mohd Raih, seorang anak Datuk yang hanya bertahan selama lima bulan sahaja. Pada 4 Ogos 2007, sekali lagi Natasha menggemparkan dunia hiburan apabila perkahwinannya dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengarah Eksekutf Verti Global yang diadakan di Carcosa Seri Negara tidak membenarkan wartawan hiburan masuk untuk membuat liputan.

Alasan yang diberi ialah takut nak jemput ramai tak cukup nasi. Ramai wartawan yang hadir kecewa dengan sikap Natasha kerana wartawan datang nak buat liputan, bukan nak makan nasi. Akibat peristiwa itu, wartawan hiburan secara sebulat suara telah memboikot Natasha. Walaupun Natasha sedih kerana disisihkan kerana endiriannya tentang hal peribadi, dia telah pun selamat bernikah dan jelas sekali pilihan Natasha ialah seorang Datuk sebagai pasangan hidupnya dan bukan sekadar anak Datuk.

8. Perkahwinan Mengubat Hati Luka

Ina Naim & Suhaimi (12-8-07)

Nor Diana Naim pernah bertunang dengan Mawi, penyanyi tersohor Malaysia sebelum Mawi dijulang sebagai juara Akademi Fantasia ke-3 lagi. Selepas memenangi AF, ramai yang tak sabar-sabar nak tahu siapa tunang Mawi. Mula-mula Ina hanya low profile tetapi apabila Ina berdepan dengan keadaan perhubungan yang semaking meruncing, Ina mendapat liputan meluas daripada wartawan hiburan.

Tidak lama kemudian, hubungan pasangan ini terputus dan bertitik tolak daripada kegagalan cintanya dengan Mawi, Ina semakin agresif dengan buku tulisannya dan pembabitannya dalam dunia muzik dengan terhasilnya album sulung beliau yang berjudul “Duhai Hati”. Pada bulan Jun, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ina Naim bertunang dengan bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad dan dinikahkan dua bulan selepas itu pada 12 Ogos 2007. Kalau nak dinamakan jodoh, tak dapat yang paling popular, yang popular sikit pun jadilah.

9. Perkahwinan Menggunakan Angka Sama Paling Banyak

Eizlan Yusof & Vie Shantie Harun Khan (7-7-07)

Apa ada pada nombor? Nampaknya jika anda seorang artis yang mahu berkahwin, nombor yang dipilih kenalah cantik dan unik, barulah ada style! Bagi pasangan pelakon kacak popular, Eizlan Yusof dan model cantik, Vie Shanti Harun Khan, angka tujuh merupakan sejarah bagi diri mereka berdua. Eizlan bernikah pada 7 Julai 2007 (7-7-07) setelah mula berkenalan pada 7 Julai tahun sebelumnya.

Eizlan dan Vie dua-dua lahir pada bulan 7, jumlah wang hantaran Eizlan kepada model sambilan ini berjumlah RM77,777.77 yang diiringi 7 dulang barangan. Beliau juga berharap anaknya dilahirkan dalam bulan tujuh juga. Untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan, cepat-cepat tempah tok kadi pda 8-8-08 supaya rumahtangga anda ‘ong’ selamanya. Kalau tak dapat tarikh tersebut, 18-8-8 atau 28-8-8 juga cantik.

10. Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Istimewa

Erra Fazira dan Engku Emran 25-10-2007

Erra Fazira sekali lagi masuk senarai dengan menamatkan zaman jandanya dengan Ketua Pengarah Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 October 2007 lalu. Erra membuat keputusan untuk memilih Emran selepas kononnya berlaku adegan tumbuk menumbuk antara Hans dan Emran di rumah Erra beberapa minggu sebelum itu. Walaupun Emran dikatakan sakit ditumbuk, Hans sakit lagi teruk apabila Erra memilih Emran untuk menjadi suami.

Erra membuat pengumuman bahawa bukan harta yang dicarinya tetapi cinta dan kasih sayang, lantas dia hanya mahukan senaskah Al-Quran sebagai hantaran. Untunglah Emran dapat isteri yang bukan sahaja cantik malah baik dan merendah diri. Majlis perkahwinan Erra kali ini dibuat secara sederhana di kalangan keluarga dan teman-teman, bekas suami juga dijemput tetapi Yusry tentu sekali ada komitment lain ketika itu.

Sunday, 23 May 2010

Perkahwinan Umie Aida & Khairuddin






Ramai yang tidak menyangka aktres Datin Paduka Umie Aida akan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

Melihat riak bahagia di wajah Umie, 37, dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, ketika majlis persandingan mereka di Hotel One World semalam, jelas terpancar bibit-bibit cinta yang masih mewangi.

Warna-warna ceria yang menghiasi ruang persandingan lebih membuahkan makna kepada erti cinta sebenar yang diraih oleh Umie dan Khairuddin.

“Selepas bernikah, saya rasa angau bercinta dengan abang dan seperti hendak mengikut ke mana sahaja dia pergi,” kata Umie dalam satu sidang media selepas majlis persandingan itu.

Cara Umie bercerita menampakkan dirinya kini sudah tidak sepi tanpa cinta. Duda anak dua itu bagaikan telah berjaya menakluk hati Umie yang sebelum ini hampir membatalkan perkahwinannya.

Pasangan itu telah selamat melangsungkan pernikahan pada 14 Mac lalu di Tanah Suci Mekah.

“Alhamdulillah, selepas dua minggu bergelar isteri, saya menjadi manusia yang berbeza kerana sebelum mengenali abang, saya takut tiada perasaan cinta. Syukur, saya dapat rasai sendiri rasa cinta kepada abang.

“Saya tak boleh nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin. Semasa baru lepas bernikah, saya rasa kelakar apabila duduk berduaan dengannya. Kenangan waktu itu sangat bahagia dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli,” ujarnya sambil tersenyum di sisi suami tercinta.

Diusik apakah juadah pertama yang dimasak oleh Umie, dia berkata suaminya sempat menjamah sarapan pagi berupa roti sardin dan sup. Lantas, Khairuddin di sebelah mencelah: “Sedap sangat…”

“Abang dah mula bekerja. Apabila dia pulang kerja, dia tidak mahu saya terlalu sibuk memasak untuknya. Cukuplah sekadar menyediakan buah-buahan,” kata Umie yang turut sibuk dengan persiapan untuk berpindah ke rumah baru mereka di Bukit Kiara.

Ditanya tentang bulan madu, mereka akan terbang ke London memandangkan Khairuddin mempunyai urusan urusan perniagaan di sana pada bulan April ini.

Menyentuh tentang anak, Umie yang mempunyai dua orang anak angkat itu berserah kepada Tuhan untuk mengurniakan anak pada bila-bila masa.

Tepat pukul 9 malam tadi, Umie dan Khairuddin disandingkan di atas pelamin rekaan Jovian Mandagie serta menyarungkan persalinan berwarna merah cili rekaan pereka yang sama.

Hampir 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang hadir ke majlis itu.

Turut hadir dalam majlis yang dikendalikan oleh Juita Jalil itu adalah keluarga Umie termasuk kakaknya, pengarah dan pelakon Erma Fatima, keluarga pihak lelaki, selebriti terkenal tanah air seperti Erra Fazira, Serina Redzuawan, Dynas, Nabila Huda, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Liyana Jasmay, Misha Omar, Fazura, Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Fahrin Ahmad.

Umie dan Khairuddin ditepung tawar oleh kedua-dua jemputan khas itu dan makan beradap bersama-sama. Sekali-sekala, mempelai dan tetamu turut diraikan dengan tarian Melayu tradisional dan nyanyian lagu-lagu ‘evergreen’ oleh Farhan, Ziana Zain dan Salamiah Hassan.

Selepas upacara makan beradap, pasangan pengantin menukar persalinan kedua yang serba putih untuk upacara memotong kek.

Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

Mungkin anda masih lagi teringat-ingat akan majlis perkahwinan penyanyi no 1 malaysia iaitu, Situ nurhaliza dengan pasangannya Dato K. Ada yang menjadikan perkahwinan Siti Nurhaliza sebagai perkahwinan impian mereka.. pada yang sudah lupa akan kegemilangan majlis tersebut, kami di Perkahwinan-1Malaysia ingin mengembalikan nostaglia tersebut...


Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

KUALA LUMPUR: Ibarat kisah fantasi yang sering dibayangkan dalam novel cinta, begitulah gambaran kemeriahan majlis persandingan penyanyi terkenal, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Melangkah anggun dengan persalinan kebaya moden putih, Badarsila dipetik daripada judul lagu popularnya rekaan Radzuan Radziwill ke Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), senyuman dan debaran mengiringi langkah pasangan pengantin baru itu untuk upacara bersanding.

Paluan irama gamelan kumpulan Tepak Sirih dari Singapura bergema di segenap ruang foyer ketika pasangan pengantin sensasi itu diarak menuju ke pelamin, Mahligai Asmara rekaan Datuk Shah Rezza dari Nusantara Gems Sdn Bhd yang tersergam di tengah dewan.
Bungaan segar melatari setiap sudut dewan seperti mengalu-alukan ketibaan lebih 2,500 tetamu yang diundang khas bagi meraikan hari bersejarah pasangan yang diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, pagi Isnin lalu.

Kira-kira jam 9 malam, upacara persandingan bermula apabila pasangan mempelai sepadan itu diarak masuk dewan, serentak dipancarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi TV3
Bermula dengan bacaan doa dan pujian ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Asri Ubaidullah daripada kumpulan Rabbani, majlis penuh gemilang itu diteruskan dengan acara merenjis sebelum upacara makan beradab dilangsungkan.

Siti kelihatan tenang, wajah bersihnya yang disolek cantik oleh jurusolek dari Indonesia, Mia terukir senyuman bahagia namun suaminya kelihatan agak gementar, lebih banyak tertunduk ketika upacara berlangsung.

Upacara merenjis itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri, Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri, Sultanah Nur Zahirah; Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Hajah Norkiah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Ketika acara makan beradab, sebagai halwa telinga tetamu persembahan hiburan daripada dijayakan artis terkenal tempatan dan Indonesia antaranya Azlina Aziz, Kris Dayanti, Ning Baizura, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Uji Rashid, Ezlynn, Too Phat, Nora dan Nash dipersembahkan.
Rangkaian lagu popular bertemakan cinta antaranya Syurga Di Hati Kita, Permata, Semakin Hari Semakin Sayang, Bukan Cinta Biasa, Mencintaimu, Percayalah dan Can't Help Fallin' Love berkumandang, seakan meraikan cinta suci mereka.

Pengantin perempuan turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta ciptaan sepenuhnya Siti yang ditujukan khas buat suami tercinta.

Peluklah daku, sayangi daku, berjanji denganku semai cinta nan satu adalah antara bait lirik Cahaya Cinta yang jelas menggambarkan betapa tinggi harapan yang diletakkan Siti terhadap istana cinta yang baru seminggu dilayarinya.

Melengkapkan hari bersejarah mereka, kedua mempelai kemudian menukar persalinan dengan rekaan Michael Ong untuk acara memotong kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.Untuk upacara itu, Siti menggayakan gaun berwarna krim dan pink bernilai RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan.

Pasangan mempelai turut meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa pengantin perempuan, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik yang ke-38 yang kebetulan disambut semalam. Acara itu juga menjadi kejutan manis buat ibu bapa Siti yang diraikan pada malam bahagia anak kesayangan mereka.Sebagai memeterai upacara ulang tahun itu, Siti membuat kejutan dengan menjemput kedua-dua ibu bapanya untuk memotong pulut kuning. Ishak Nengah dan Zakiah Anas bertindak sebagai pengacara sepanjang majlis persandingan itu berlangsung.
Antara artis yang hadir ialah Anita Sarawak dan suami, Mohd Mahathir Abdullah, Erra Fazira, Umie Aida, Camelia, Ella, Chef Wan, Hetty Koes Endang, Aishah, Norlia Ghani, Azwan Ali dan Betty Banafe.

Terdahulu, kira-kira jam 5.40 petang, Siti menunaikan janjinya untuk bertemu peminat yang diadakan di balkoni Tingkat 3, KLCC sebagai menggantikan acara perarakan berkuda yang dibatalkan atas sebab keselamatan.Siti yang jelita dengan gaun putih disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, sempat meluangkan masa selama tujuh minit sebelum memberi laluan kepada pihak media untuk sesi bergambar.
Lebih 1,000 peminat yang membanjiri pekarangan Taman KLCC mengambil kesempatan untuk melihat dari dekat wajah penyanyi terkenal itu, sebahagian besarnya adalah peminat warga Indonesia.Bagaimanapun, sesi itu mengundang rasa kecewa sebahagian peminat yang hadir kerana tidak puas menatap wajah Siti yang hanya muncul dalam masa singkat sebelum kembali ke dewan untuk persiapan majlis resepsi. Sebelum ini pihak pengurusan Siti menjanjikan sesi itu berlangsung selama 30 minit.

Maka tertunailah segala impian yang pernah Siti impikan dan lengkap kini fasa kehidupan penyanyi tersohor itu apabila bergelar isteri kepada Khalid, usahawan ternama yang bertakhta di sudut hatinya sebagai suami

INFO
Persandingan Siti, Datuk K
* Kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.

* Siti menggayakan gaun krim dan pink RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan untuk upacara memotong kek.

* Gaun putih Siti disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, ketika bertemu peminat di balkoni tingkat 3 KLCC.

* Siti turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta hasil ciptaannya yang ditujukan khas untuk suami tercinta, Datuk K.

* Siti menjemput kedua-dua ibu bapanya untuk memotong pulut kuning meraikan ulang tahun ke-38 perkahwinan mereka.

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Hubungan Intim Waktu Pagi. Petang atau Malam?


Bila bercakap tentang waktu untuk hubungan intim, rata-ratanya ramai memilih malam hari. Tapi sedarkah anda bahawa seks sebenarnya tidak semestinya dilakukan dl waktu bulan menjelma. Anda masih punya pilihan lain iaitu pagi dan petang. Namun menurut pengkaji sememangnya terdapat perbezaan antara hubungan intim yang dilakukan dl waktu pagi, petang dan malam.. Berikut adalah kelebihan dan kekurangannya, telitikan dan pilihannyaterserah pada anda.

Waktu Tengahari


Waktu siang selalunya dikatakan waktu untuk berehat sebentar setelah melakukan kerja dari pagi hingga tengah hari. Pada waktu ini biasanya orang akan merasa bebas dari beban kerja, sehingga tidak ada faktor yang akan menghalang fungsi seksual.

Tapi selalunya suasana tengah hari yang terang benderang dan panas merupakan suasana yang tidak selesa dalam mem-berikan rangsangan seksual. Selain itu rasa kepenatan yang dirasai setelah ejakulasi biasanya menimbulkan rasa ngan-tuk, dan boleh menjadi gangguan untuk anda menerus-kan pekerjaan.

Waktu Malam


Suasana hening, redup dan tenang, teru-tama kalau anda tinggal jauh dari kota memberi-kan ketenangan sekali gus rangsangan seksual. Biasanya mereka yang sudah terlepas dari beban aktiviti harian akan mudah merasai ghairah seksual.

Di samping itu orgasma dan kepuasan seksual umumnya menimbulkan sensasi dan hormon adrenaline yang membuat ngantuk setelah bersama akan membuatkan anda mampu tidur dengan nyenyak.

Waktu Pagi


Pada waktu pagi, tubuh dan fikiran masih segar setelah tidur nyenyak semalam. Tentu saja kesegaran ini akan mendorong anda untuk melakukan hubungan seksual yang lebih memuaskan.Di waktu pagi atau menjelang pagi, golongan lelaki khususnya sering kali masih menyimpan sisa ereksi spontan yang berlaku ketika tidur pada malam hari. Ereksi spontan itu kerap kali menjadi rangsangan yang lebih membangkitkan dorongan seksual golongan ini.

Selain itu hubungan yang dilakukan pada pagi hari akan berjalan dengan lancar dan lebih mengghairahkan kerana kedua belah pihak masih dalam keadaan segar. Bagaimanapun, perkara sebaliknya juga harus difikirkan, suasana pagi selalu dikaitkan dengan persiapan kerja dan memulakan kerja. Waktu ini sering menimbulkan rasa tidak tenang dan tergesa-gesa Jningga akan menghalang fungsi seksual, malah jika berlangsung ^pun ia tidak akan memuaskan.

Apatah lagi setelah orgasma, kerap kali rasa mengan-tuk dan lelah akan dirasai. Sudah tentu dengan keadaan ini menyebabkan anda tidak dapat memberi tumpuan pada kerja. Lebih buruk lagi anda mungkin terus menjadi malas untuk pergi bekerja, atau terlambat masuk kerja. Namun sebenarnya sekiranya anda mampu benar-benar berfikir tentang kebaikan melakukan seks di pagi hari, maka badan dan fikiran anda akan terasa lebih segar dari biasanya. Semuanya kerana anda telah memulai hari baru dengan sesuatu yang menyeronokkan.

Namun ada juga pasangan yang merasai perkara sebaliknya. Setelah penat bekerja di waktu siang ada yang merasai keletihan di malam hari. Keletihan ini menjadi penghalang fungsi seksual anda sehingga aktiviti seks tidak berjalan lancar dan memuaskan.
Bila perkara ini terjadi, anda akan berhada-pan dengan gejala psikosomatik yang antara lain menyebabkan kesukaran tidur. Kesulitan tidur akan mengganggu aktiviti fizikal dan mental anda untuk melanjutkan aktiviti keesokan hari-nya.

Mana satu pilihan anda? Pagi, petang atau malam? Tapi sebelum memilih, ada baiknya anda meminta persetujuan daripada pasangan anda. Variasi melakukan hubungan seksual pada waktu yang berbeza-beza sebenarnya akan memberikan sensasi erotik yang lebih memuaskan berbanding anda melakukannya pada waktu yang sama saja.

:: Choc A Lots ::

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari apakah yang hendak diletakkan di dalam dulang hantaran.. Kami di Perkahwinan-1Malaysia mencadangkan agar anda meletakkan choc sebagai hantaran perkahwinan anda. Selain ianya mengikut trend, ia juga cantik dan sesuai diletakkan dia dalam dulang hantaran.

Terdapat banyak bentuk choc yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan kehendak anda. Jika anda berminat menempah choc untuk sebarang majlis termasuk majlis perkahwinan, hari jadi dan sebagainya... Choc A Lots (Homemade Chocolate) ada segalanyaa.. Jika anda berminat :

Layari Website: http://choc-a-lots.blogspot.com
Telefon: Azura - 0163471389
Aina - 0163132066
Email : rizuracollection@yahoo.com
Lokasi kami : Kajang, Selangor






Wednesday, 19 May 2010

Projek Berlian

Kepada sesiapa yang meminati majalah Pengantin terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, anda mesti sudah mengetahui mengenai program yang dinamakan Projek Berlian Serlahkan Kilauanmu 2010.

Projek Berlian Serlahkan Kilauanmu ini akan berlansung selama 6 bulan. Seramai 11 peserta telah dipilih dah mereka disyorkan untuk mengamalkan diet yang betul seperti yang dijadualkan oleh JusMate 5.

Kepada peserta yang terpilih, Semoga anda tabah menghadapi cabaran dan berusahalah untuk mencapai impian anda..

Selamat Maju Jaya...Teruskan Berusaha...

Sunday, 16 May 2010

Creating Memorable Wedding Guest Books

For Chinese Weeding, they need a Wedding Guest Book for their memorable. I have noticed recently that many of my friends have gotten married. I seem to be attending at least four weddings every year, although I have attended very few weddings about five years ago. I now have a pretty good idea of what is popular when it comes to marriages because I have been part of so many ceremonies in the last few years. I hope that this knowledge would be able to help me plan my own nuptial in the near future. Elegant wedding guest books are one of the things that I've seen at each reception.

Have you ever seen a guest book for a wedding before? Wedding guest books are basically big scrapbook-style keepsakes. They are usually signed by those who attend the ceremony such as the newlyweds' friends, relatives, and acquaintances. Guest books for weddings come in different styles, sizes, and designs.

Some wedding guest books have spiral bindings like notebooks, while others have a stitched binding. I have also seen huge, oversized albums and smaller, more manageable guest books. Some couples decide to have fancy guest books that have ornate covers, while other choose to go with the simpler designs. You can surely find fabulous wedding guest books that will suit your tastes.

One thing that I have also observed is that many couples have different ideas about personalizing their wedding guest books. A lot of couples are content just to have their guests sign their names somewhere on the pages, while others prefer something a bit more personal. You can have a more personalized guest book by asking your friends and relatives to write a short message or poem in your guest book. You can also add photos from your wedding and place them next to the signatures and messages.

Don’t forget to tell everyone exactly how you want your wedding guest books to be handled. The guest book for your wedding is a treasure that you want to keep for a long, long time to come, so it should have lovely, moving messages from your guests. The last thing that you want is a guest book that has raunchy jokes on the pages.

You can purchase wedding guest books from the same stationery store that you ordered your invitations from. You will have one less trip to the store to make if you go by this route. You can ask the stationer to match the guest book's cover to the color or theme of the invitations. You can also purchase the guest book for your wedding from an online retailer that specializes in these products.

Kesilapan Selalu dilakukan di Awal Perkahwinan

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama. Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.


Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

Senarai Perkhidmatan perkahwinan

Di sini kami di Perkahwinan-1Malaysia ingin mempromosikan senarai perkhidmatan gubahan hantaran, cenderahati perkahwinan dan lain-lain yang boleh anda rujuk dalam membuat persiapan perkahwinan anda..


Nama: Cenderahati Perkahwinan
Website: http://ms-nurul.fotopages.com
Telefon: 012-6105300
Lokasi: Kuala Lumpur
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Nama: 4weddingku
Website: http://4weddingku.fotopages.com
Telefon:
Lokasi: Klang Valley
Nama: Gubahan Pengantin
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Website: http://www.gubahanpengantin.com
Telefon: 0122481769
Lokasi: Lembah Kelang
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Nama: hantaranratusehari
Website: http://www.tagworld.com/ratusehari/
Telefon: 0196222825
Lokasi: Shah Alam & Kuala Lumpur
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Nama: Wedding Gift / Hantaran
Website: http://ny2006.fotopages.com
Telefon:
Lokasi: Petaling Jaya
E-mail: norashikin_NY[at]yahoo.com
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Nama: Ladiescraft
Website: http://ladiescraft.blogspot.com
Kategori: Cenderahati Perkahwinan
Telefon: 012-7417604 / 019-7418645
Lokasi: Johor Bahru
E-mail: ladiescraft[at]gmail.com
Website: http://erinnanie fotopages.com
Telefon: 012-2375737
Lokasi: kepong baru,kuala lumpur
E-mail: khairin[at]dpmm.org.my
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Nama: beautiful creations (tempahan jahit manik)
Website: http://www.mesya.multiply.com
Telefon: 017-6413963
Lokasi: malaysia
E-mail: china_baby_dolll[at]yahoo.com
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Kepada sesiapan yang ingin mendaftarkan perkhidmatan anda secara percuma.. boleh email di perkahwinan.1malaysia@gmail.com

Saturday, 15 May 2010

Senarai Perbelanjaan



















Kepada bakal-bakal pengantin, mesti anda pening untuk menguruskan belanja perkahwinan anda...Ada baiknya jika anda melantik seorang yang anda percayai untuk menguruskan segala perbelanjaan anda untuk perkahwinan ini..Selain dia dapat memberikan pendapat, pengurus kewangan anda itu mungkin dapat menghalang anda dari berbelanja lebih.. Di sini terdapat Senarai Perkahwinan yang harus anda lakukan. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan dengan hanya melakukan perkara-perkara yang penting sahaja. Selain dapat menjimatkan kos.. anda juga tidak perlu pening kepala untuk menguruskan semua senarai tersebut....

1- Wang hantaran (10,000)
2- Barang hantaran
3- Kad jemputan
4- Katering (10,000)
5- Kemah/kanopi
6- Pelamin
7- Baju pengantin
8- Mak andam
9- Jurugambar
10 -Hiasan bilik pengantin
11- Bunga telur
12- Kompang
13- Sistem audio
14- DJ





Berbelanjalah dengan bijak dan mengikut kemampuan.. jangan terlalu mengikut trend dan berasa ingin menunjukkan bahawa majlis anda adalah yang paling 'grand'.. Tepuk Dada Tanya Selera...

Monday, 3 May 2010

PETUA : TOLAK HUJAN


Apabila berlansung sesebuah majlis perkahwinan...cuaca merupakan aspek yang paling berpengaruh... Ada bakal pengantin yang tidak mahu melansungkan majlis perkahwinan mereka di akhir-akhir tahun kerana pada waktu tersebut, negara kita mengalami musim tengkujuh.

Namun di awal tahun pula, berlaku sebaliknya..walaupun masih boleh dikategorikan sebagai bukan musim kemarau.. tetapi cuaca yang panas terik menimbulkan bahang yang sangat panas.. tidak kira pada waktu pagi atau malam..

Ini kerana apabila cuaca panas sangat, ia akan menimbulkan rasa kurang selesa kerana kita akan berpeluh2..pengantinlah yang paling terasa kehangatannya...Senang kata, habis make up cair...hehehee
Mak Andam pula terpaksa bekerja keras dengan membawa kotak tisu kehulu kehilir bagi memastikan pengantin nampak anggun sepanjang majlis.

Oleh sebab itu, cuaca mempengaruhi mood ramai yang terlibat dalam majlis sesebuah majlis perkahwinan dari pengantin hinggalah kepada tetamu.

Hujan lebat juga akan menjejaskan sesebuah majlis perkahwinan... mungkin ramai tetamu yang terpaksa membatalkan kehadiran atas sebab tersebut. Pengantin juga akan merasa kurang selesa kerana terpaksa berjaga2, takut terkena tempisan hujan yang boleh membasahkan dan mengotorkan busana mereka.

Ada yang percaya.. untuk melansungkan majlis perkahwinan.. ahli keluarga pengantin haruslah berjumpa bomoh tolak hujan agar majlis mereka dapat berlansung seperti yang diharapkan. Namun masih ada juga yang kurang percaya dengan pernyataan ini.

Selain daripada tolak hujan, ada juga yang mengatakan.. apabila tiba hari majlis berlansung.. tiba-tiba hujan turun.. ambil baju kegemaran pengantin dan baling ke atas bumbung.. Hujan akan berhenti.. tetapi tidaklah serta merta...

Saya pernah bertanya kenapa rakan-rakan akan petua ini, ramai yang mengakui pernah mendengar petua ini dan ada yang telah mencubanya. Hampir 40% mengatakan petua ini mujarab..30% tidak pernah mencuba dan 20% tidak mempercayainya..

Kepada pembaca.. saya berharap agar jangan mempercayainya sangat kerana setiap kejadian itu adalah dengan kehendak Allah S.w.T.. Anggap saja ia sebagai kebetulan.. mungkin Allah memakbulkan doa kita agar hujan cepat berhenti dan kebetulan ada yang membaling baju ke atas bumbung... :)

|| written by c|kFN ||