Tuesday 2 November 2010

Fafafo 1st Giveaway


Hai mungkin ramai yang tertanya2 kenapa post kali ini dikhaskan untuk sebuah blog iaitu FAFAFO..

Selain berusaha untuk memenangi peraduan giveway dari FAFAFO..

Kami merasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai produk yang diketengahkan oleh FAFAFO...

Jika anda semua pernah melayari blog FAFAFO.. tentu anda tahu apakah product yang dimaksudkan.. FAFAFO adalah semua blog yang menjual barang2 kraf seperti keychain, hp & mp4 casing, brooch, purse dan mcm2 lagi...

Mesti anda semua pelik, apakah hubung kait kraf tersebut dengan perkahwinan memandangkan blog ini adalah semua blog mengenai perkahwinan.

Actually kami mendapat inspirasi dari majlis-majlis perkahwinan yang kami pergi..kita selalu diberikan dengan survinier daripada keluarga pengantin..dan menjadi trend hari ini, ramai yang memberikan HP Casing & Purse sebagai survinier...

Jadi kepada bakal2 pengantin... anda boleh menempahnya khas di blog FAFAFO.. Rekaan adalah mengikut citarasa anda dan harganye juga berpatutan.. Malah anda mungkin lebih berpuas hati memandangkan rekaannya adalah mengikut tema perkahwinan anda...


Selain daripada itu.. product FAFAFO yang boleh anda gunakan sewaktu majlis perkahwinan anda adalah... Hair band, Hair clip or cekak... Tempah khas untuk flower girl atau pengapit anda.. mesti mereka akan tampak lebih ceria. Bagi flower girl kanak2 yang mengiringi anda sewaktu berjalan ke dalam dewan, tentu mereka gembira apabila dipakaikan dengan cekak atau clip yang ceria dari FAFAFO...

Bagaimana pula dengan ini...

Brooch....

Mungkin anda tidak terlintas untuk menjadikan ia khas untuk para penanggah...

Selama ini, penanggah diberikan clip yang disertakan dengan wang menandakan mereka adalah tuan rumah atau orang penting dalam sesebuah perkahwinan.. Mungkin anda boleh membuat kelainan dengan menempah khas dari FAFAFO dan diubahsuai sedikit untuk diletakkan wang..Sesuatu kelainan dalam majlis anda. selepas majlis perkahwinan, brootch tersebut masih lagi boleh digunakan.

Sesudah perkahwinan...anda boleh menempah album casing daripada FAFAFO.. Cantik.. Walaupun simple namun mempunyai tarikan sendiri..


Jadi kepada pelayar-pelayar Blog Perkahwinan-1Malaysia dan bakal-pengantin..Jangan tunggu lama-lama.. Bila FAFAFO bukak order.. terus je order k...

Bukan untuk majlis perkahwinan sahaja, majlis pertunangan, majlis hari jadi... dan mcm majlis lagi laaa..

Kepada FAFAFO.. Moga Terus Sukses...

Tuesday 27 July 2010

Clearance Stock (Novel-novel)

Kami di perkahwinan-1malaysia menawarkan novel-novel terpakai (tetapi qualitynya masih baik) untuk dijual dengan harga yang amat murah. Kami menawarkan harga yang amat rendah iaitu lebih dari separuh harga dari harga asal novel tersebut.

Antara Novel yang masih lagi terdapat dalam Stok kami ialah :

1-

UNGU KARMILA

PENULIS : RAMLEE AWANG MURSHID
TERBITAN : ALAF21
PRICE : RM 10
POSTAGE : RM 5
TOTAL : RM 15 (HARGA SEBENAR = 19.90)


DIA LEBIH MENGERTI

PENULIS : NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN : NB
PRICE : RM 10
POSTGE : RM 5
TOTAL : RM 15 (HARGA SEBENAR : RM 20.90)


TIDAK INGIN MENANGIS LAGI

PENULIS : MAHARAM MAMAT
TERBITAN : CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
PRICE : RM 10
POSTAGE : RM 5
TOTAL : RM 15 (HARGA SEBENAR : RM19.90)

SEINDAH MEMORI

PENULIS : ILANI MYSARA
TERBITAN : ALAF21
PRICE : RM 7
POSTAGE : RM 4
TOTAL : RM 11 (HARGA SEBENAR : RM 16)




AIR MATA CINTA

PENULIS : RABIATUL ADAWIYAH
TERBITAN : KAKI NOVEL
PRICE : RM 10
POSTAGE : RM 4
TOTAL : RM 14 (HARGA SEBENAR : RM 18)


CINTA .. TIADA AKHIRNYA (SOLD)

PENULIS : FAUZIAH ASHARI
TERBITAN : INTENS MEDIA
PRICE : RM 12
POSTAGE : RM 5
TOTAL : RM 17 (HARGA SEBENAR : RM 22.90)



KASIH VILA CINTA

PENULIS : HAIZA NAJWA
TERBITAN : KAKI NOVEL
PRICE : RM 12
POSTAGE : RM 5
TOTAL : RM 17 (HARGA SEBENAR : RM 20)




KAU TERCIPTA UNTUKKU

PENULIS : SHAHRIAH ABDULLAH
TERBITAN : BUKU PRIMA
PRICE : RM11
POSTAGE: RM 4
TOTAL : RM 15 (HARGA SEBENAR : RM 18.90)


MISTERI JULIA

PENULIS : ZAIFUZAMAN AHMAD
TERBITAN : ALAF21
PRICE : RM 5
POSTAGE : RM 3
TOTAL : RM 8 (HARGA SEBENAR : RM 11)



AIR MATA KASIH

PENULIS : NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN : ALAF21
PRICE : RM 7
POSTAGE : RM 4
TOTAL : RM 11 (HARGA SEBENAR : RM 15)

MEGALOMANIA


PENULIS : FATINILAM SARI AHMAD
TERBITAN : CREATIVE
PRICE : RM 12
POSTAGE : RM 6
TOTAL : RM 18 (HARGA SEBENAR : RM 23.90)

aA+bB (SOLD)

PENULIS : HLOVATE
TERBITAN : JEMARI SENI
PRICE : RM 12
POSTAGE : RM 4
TOTAL : RM 16 (HARGA SEBENAR : RM 20.00)


TERATAK KENARI


PENULIS : ZAIFUZAMAN AHMAD
TERBITAN : BUKU PRIMA
PRICE : RM 9
POSTAGE : RM 4
TOTAL : RM 13 (HARGA SEBENAR : RM 16.90)


SETIA MENANTI

PENULIS : FAUZIAH ASHARI
TERBITAN : ALAF 21
PRICE : RM 12
POSTAGE : RM 4
TOTAL : RM 16 (HARGA SEBENAR : RM 19.90)

TIADA YANG KEDUA

PENULIS : SANIA YASMIN

TERBITAN : ALAF 21

PRICE : RM 10
POSTAGE : RM 5
TOTAL : RM 15 (HARGA SEBENAR : RM 18.00)


RAHSIA MIMPI

PENULIS : ZAIFUZAMAN AHMAD
TERBITAN : ALAF 21
PRICE : RM 10
POSTAGE : RM 5
TOTAL : RM 15 (HARGA SEBENAR : RM 17.00)




SEBUAH PUISI DI BULAN FEBRUARI

PENULIS : MARIA FARINNA
TERBITAN : NOVEL HOUSE
PRICE : RM 4
POSTAGE : RM 3
TOTAL : RM 7 (HARGA SEBENAR : RM 8.90)

KASIH SEIMBAS PANDANG

PENULIS : ZURAIDAH OTHMAN
TERBITAN : AAHADIAT AKASHAH THE WRITTER SDN BHD
PRICE : RM 4
POSTAGE : RM 3
TOTAL : RM 7 (HARGA SEBENAR : RM 9.90)

PILOT CAFE (SOLD)

PENULIS : AHADIAT AKASHAH & ZURAIDAH OTHMAN
TERBITAN : AHADIAT AKASHAH THE WRITTER SDN BHD
PRICE : RM 10
POSTAGE : RM 6(Pasal Tebal)
TOTAL : RM 16 (HARGA SEBENAR : RM 19.90)


UNTUK SEMUA GADIS YANG PERNAH KUCINTAI

PENULIS : AHADIAT AKASHAH
TERBITAN :
AHADIAT AKASHAH THE WRITTER SDN BHD
PRICE : RM 8
POSTAGE : RM 5
TOTAL : RM 13 (HARGA SEBENAR : RM 15.90)

CARA-CARA PEMBELIAN :

1. Nyatakan Tajuk Novel yang anda inginkan di comment.
2. Kami akan memberitahu harga total yang perlu anda bayar.
3. Bank-in jumlah bayaran yang perlu anda bayar di acc Faizura Nadia Binti Abd Aziz (CIMB)- 04060062927522.
4. Selepas pembayaran dibuat, nyatakan bukti pembayaran di email kami
faizura_nadia@yahoo.com @ sms 0129405591 sebagai bukti pembayaran.
5. Kami akan memproses pembelian anda. Tempoh penghantaran adalah di antara 5-7 hari bekerja.
Sebarang pertanyaan, anda boleh sms di talian 0129405591.

Sekian, terima kasih.

p/s : KEPADA PEMINAT-PEMINAT MAJALAH EH, JIKA ANDA INGINKAN KELUARAN YANG LEPAS, ANDA BOLEH DAPATKAN DISINI..


Thursday 1 July 2010

10 Asas Kebahagiaan Hidup Berumahtangga


Setiap insan di dunia ini pasti mengimpikan kehidupan berumahtangga yang kekal bahagia. Namun ramai pasangan hari ini tidak tahu caranya. Akibatnya, mahligai yang baru dibina setahun dua akhirnya kandas di pertengahan jalan. Di sini disenaraikan 10 asas penting untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal 'bahasa cinta' pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.




Jana Duit dengan Blog Klik


http://network.manggaonline.com.my/publishers/signup/?recommender=faizura_nadia@yahoo.com&source=6

Wednesday 23 June 2010

9 Sebab Hati Tidak Bahagia


Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia itu ialah:

1. PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. PENDENDAM - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara kecil-kecil.

3. HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.

4. BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta , kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.

5. TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.

6. TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.

8. RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.

9. CINTA DUNIA - Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya mazmummah di dalam hati.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia itu ialah:

Tidak dapat menderita...
dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.

Thursday 17 June 2010

Perkahwinan



Perkahwinan lahir dari sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan dengan manusia lain. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul. Perkahwinan yang suci akan memancarkan perasaan saling cinta, kerjasama, tanggungjawab dan terbitlah kebahagian yang diidamkan.

Erti nikah@kahwin menurut bahasa ialah kumpul atau himpun dan menurut istilah syarak ialah satu perjanjian (akad) yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dengan perempuan untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan dengan mengikut peraturan-peraturan tertentu.


Tujuan dan hikmat kita kahwin antara lainnya:
1. Dapat memenuhi perasaan semula jadi yang memang ada pada tiap-tiap manusia dengan cara yang diredhai oleh Allah.
2. Dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam perzinaan dan kejahatan yang boleh merosakan pekerti manusia yang tinggi.
3. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


“Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat, menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)”

4. Mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. Dengan memiliki anak yang soleh ibubapa akan mendapat pahala yang mengalir dalam kuburnya berkat doa anak-anak.


Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya”


Sekumpulan orang perempuan datang menghadap Rasulullah s.a.w untuk minta nasihat dari beliau.


Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap perempuan di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak, maka mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang dari api neraka”. Perempuan-perempuan itu bertanya : “Bagaimana kalau melahirkan dua orang anak?”. Rasulullah s.a.w. menjawab “Ya, dua orang anak pun demikian juga”.

5. Melahirkan generasi yang baru dalam meneruskan perjuangan umat Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan. Sesungguhnya saya akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain) ”.


Allah s.w.t. berfirman : Ertinya:
“Tuhan telah menjadikan dari kamu itu pasangan suami isteri dan dari pasangan suami isteri itu pula lahirnya anak-anak dan cucu-cicit (keturunan yang banyak)” (Q.S. An.Nahl, 72).


Gandaan pahala & berkat
1. Ibadah orang yang berkeluarga dan dengan ibadah orang yang tidak berkeluarga adalah berbeza disegi pahalanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh rakaat orang yang hidup membunjang”.


2. Melengkapkan iman
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)

Tatacara Perkahwinan
1. Sebelum berkahwin kedua-dua calon suami dan isteri mesti mengambil langkah-langkah yang perlu supaya pernikahan yang akan dijalankan berjaya mencapai matlamatnya. Di antara langkah itu ialah dengan :
2. Mencari sifat-sifat atau ciri-ciri yang dituntut pada kedua-dua pasangan
3. Melihat bakal tunang
4. Meminang
5. Memilih calon
Sabda Rasulullah s.a.w : “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka ambillah wanita yang taat kepada agama kerana kamu akan beruntung”.

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan2 yang akan diperolehi oleh seseorang yang berkahwin lantaran kerana agama dan juga keburukan orang yang berkahwin semata-mata kerana mengharapkan harta, kecantikan dan juga kebangsawanan (pangkat, gelaran).

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barang siapa yang berkahwin dengan seseorang wanita kerana hartanya dan kecantikannya, nescaya Allah akan melenyapkan harta dan kecantikannya. Dan barang siapa yang berkahwin kerana agama nescaya Allah akan kurniakan padanya harta dan kecantikan”.


“Barang siapa yang menikahi seseorang perempuan semata-mata kerana hartanya, nescaya tidak akan bertambah kekayaannya, sebaliknya kemiskinan yang akan diperolehinya”.


“Barang siapa yang mengahwini seseorang perempuan kerana kebangsawanan (status) nescaya Allah tidak akan menambahnya kecuali kehinaan”.

Meminang
Disunatkan meminang terlebih dahulu bagi seseorang lelaki yang hendak mengahwini seseorang wanita dan dibenarkan melihat wanita tersebut sebelum ke jinjang pelamin supaya dia dapat menghadapi perkahwinan itu dengan jelas serta terang.


Diriwayatkan oleh Jabir daripada Rasulullah s.a.w “ Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seseorang perempuan dan kamu berupaya melihatnya yang boleh mendorong kamu untuk menikahinya maka lakukanlah”.

Menentukan Mahar
Mahar pada istilah bererti sesuatu yang diberikan oleh lelaki (suami) kepada bakal isteri sebagai tukaran atau jaminan bagi sesuatu yang akan diterimanya dari diri isteri itu. Mahar adalah hak isteri. Banyak atau sedikit mahar itu bergantung kepapa kehendakdan kemahuan isteri. Sebaliknya apabila isteri tidak menuntut apa-apa maka hilanglah kewajipan memberinya.


Ijab dan qabul
Perkara yang menjadi pokok utama perkahwinan itu ialah kesediaan dan persetujuan kedua pihak untuk menjalin hubungan antara mereka. Kesediaan dan persetujuan ini memerlukan pengungkapan yang menyatakan kebulatan hati untuk menjalin hubungan tersebut. Maka ijab adalah keinginan untuk mengadakan hubungan perkahwinan manakala qabul adalah kesediaan untuk menerima keinginan tersebut.


Walimah
Walimatulurus adalah berkumpulnya khusus tentang makan dalam majlis perkahwinan untuk para undangan dan hukumnya adalah sunat muakkad. Tidak digalakkan mengadakan secara besar-besaran dan bercampur aduk dengan perkara yang bertentangan dengan syarak.


Hukum Nikah
Dalam Islam pada dasarnya adalah harus tetapi dalam keadaan2 tertentu hukum ini akan bertukar kepada hukum-hukum yang lain seperti sunat, haram, makruh dan juga wajib.
Wajib :

Apabila seseorang itu cukup syarat, mampu dan keinginannya sangat tinggi untuk beristeri kerana ditakuti boleh membawa kepada perzinaan.
Sunat :

Berhajat, cukup syarat dan berkemampuan sedangkan kalau ia tidak berkahwin pun ia masih dapat memelihara dirinya dari melakukan maksiat.
Makruh :

Tiada kemampuan, orang yang tidak berhajat kepada kahwin seperti tidak ada keinginan nafsu samada disebabkan faktor semula jadi atau perkara seperti mati pucuk, terlalu tua atau sebagainya.
Haram :

Apabila seseorang itu tidak mampu, tidak cukup syarat, tidak bertanggungjawab (berkahwin semata-mata untuk mengkhianati perempuan tersebut).
Harus :

Mereka yang tidak mempunyai apa-apa dorongan untuk berkahwin dan tidak juga mempunyai apa-apa halangan untuk berkahwin.


Rukun Nikah
1. Perempuan bakal isteri
2. Lelaki bakal suami
3. Wali yang menikahkan
4. Sighah atau ijab dan qabul
5. Dua orang saksi

PESONA PENGANTIN

Mungkin ramai yang tak perasan kehadiran laman web PESONA PENGANTIN terbitan Karangkraf ini. Actually this website from our magazine tapi di mayakan.. Not bad.. Design pun cantik.. Banyak tips2 yang boleh terdapat di sini..


Kami berharap agar satu hari nanti, blog Perkahwinan-1Malaysia akan gah seperti laman web pesona pengantin ini..


Bagi bakal2 pengantin... tentu berita ini menggembirakan anda.. Kini anda tidak lagi perlu berebut-rebut ke kedai untuk membeli majalah Pesona Pengantin.


Laman web ini lengkap dengan segala keperluan raja sehari.. bagi bakal-bakal pengantin, anda tidak perlu lagi bimbang kerana kini anda mempunyai guru yang boleh membantu anda merancang perkahwinan yang gemilang..




Tuesday 15 June 2010

Gambar Perkahwinan Saiful dan Aida

Saiful yang hensem ni dan juga Aida si Gadis melayu, ha ni lagi ada gambar perkahwinan mereka yang best tu.Layan…







MMS PENGANTIN

UNTUK BAKAL-BAKAL PENGANTIN, KAMI MENYEDIAKAN KEMUDAHAN TERKINI BAGI ANDA MENDAPATKAN TIPS TERUS KE HANDPHONE ANDA PADA SETIAP MINGGU.. BANYAK TIPS-TIPS BERGUNA BOLEH DIDAPATI DAN IA MAMPU MEMUDAHKAN SEGALA URUSAN BERKAITAN MAJLIS PERKAHWINAN ANDA.



Wednesday 2 June 2010

Perkahwinan Dian Sastrowardoyo


selamat kahwin da si Dian ni pada 18 Mei 2010
ala pelakon Ada Apa Dengan Cinta..yang pegang watak cinta..
masa tu cerita dia mg berhantu la..
ngan lagu2nya yang mendayu syahdu itu..

waduh2, kawinnya mahal bangat..4 juta lol..
mana mau cari duit...
baju ntah bertukar 100 pasang kot..giles..wedding of the year..kalah Tok Ti
kalau aku memang sah2 dah xmampu..

owh, sape2 nak kahwin macam Dian ni caro org kaya2 dan berada k..
setakat dapat suami ala kadar je, buat la majlis ala kadar..
terima seadanya..
janji sama2 bahagia dan saling menyintai..

busana pengantin kebaya off white
cantikkan kebaya putih ni!

Sunday 30 May 2010

Faktor memepengaruhi prestasi intelek anak-anak

Faktor Baka

Baka merupakan salah satu factor yang mudah untuk kita melihat tahap inteleks kanak-kanak. Misalnya ibubapa yang berasal dari keluarga yang daya intelektualnya tinggi akan menurun pada anaknya. Tapi factor ini semata-mata juga tidak semestinya bijak dan pandai. Ini bergantung pada kebijaksanaan ibubapa mendidik anak mereka.

Faktor Kesihatan

Kesihatan penting bagi seseorang kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti dan intelektualnya. Tanpa kesihatan yang baik, anak-anak akan murung dan tidak cergas. Kesihatan penting untuk merangsang otaknya, ke arah pemikiran yang mantap dan cepat
mempelajari apa yang diajarkan kepada anak.

Faktor Pemakanan

Makanan yang baik untuk anak-anak yang sedang sedang membesar ialah makanan yang mengandungi zat dan vitamin. Anak-anak juga digalakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemakanan yang seimbang dapat mengawal pertumbuhan otak yang cergas dan sihat. Sebagai seoarang muslim, ibubapa mestilah sedaya upaya memastikan setiap yang masuk kemulut anak-anak mestilah dijamin halalnya.

Sikap Ibubapa

Jelas di sini persekitaran memainkan peranan dalam meningkatnya prestasi seseorang kanak-kanak. Persekitaran yang baik di sini ialah wujudnya tempat belajar yang selesa, situasi keluarga yang harmoni dan masyarakat sekeliling anak-anak yang baik.

Kaedah Pembelajaran

Ibubapa mengaturkan satu keadaan yang tetap untuk anak-anak belajar dengan betul, bermain dan berolahraga, bermain, rehat dan hiburan yang cukup untuk anak-anak . Aturan ini akan mengelakkan anak-anak menjadi dari menjadi bosan dan terkongkong.

Galakan dan Minat

Galakan yang kuat datangnya dari ibubapa di samping minat yang timbul dengan sendiri dari anak-anak itu, tumpuan sepenuhnya akan dapat diberikan kepada rangsangan-rangsangan tertentu. Minat merupakan perhatian yang berterusan dan cenderung untuk melakukannya terhadap pelajaran, ibubapa tidak akan menghadapi masalah yang berat dan rumit.

Monday 24 May 2010

Pertandingan "Cinta-Mu & Hati-Ku"

Assalamualikum semua...

Cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Tentu anda semua banyak menerima undangan perkahwinan dari sanak saudara, rakan taulan mahupun jiran tetangga..

Oleh itu, semperna Musim Perkahwinan ini, kami telah menganjurkan satu pertandingan iaitu "Cinta-Mu & Hati-Ku"...

Tiada syarat penyertaan ditetapkan.. anda hanya perlu post luahan rasa cinta terhadap kekasih atau suami/isteri dalam 500 patah perkataan... Luahan rasa cinta yang menarik dan kreatif akan dipilih menjadi juara..

Pemilihan juara akan dinilai oleh pengadil-pengadil professional kami... Hadiah yang ditawarkan adalah sebuah novel KarangKraf Sdn Bhd.. (yang menariknya anda boleh memilih sendiri tajuk novel yang anda inginkan.. dan kami akan tunaikan jika anda adalah pemenangnya).

Selain itu.... hehehehe sang juara juga akan dihubungi oleh Perkahwinan-1Malaysia untuk kami pos-kan luahan rasa cinta anda kepada sang kekasih dalam bentuk poskad. Lakukan kejutan untuk insan tercinta yang paling anda sayangi...

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Jun 2010..

"Cinta-Mu & Hati-Ku"

So anyway, just click at the ‘Comment’ page and leave your feel now!!! :D

Good luck to all people! XoXo!!! ^_^

p/s : oleh kerana blog Perkahwinan-1Malaysia ini masih baru dah masih tidak mempunyai ramai pengikut.. kami berharap anda akan suggestkan blog ini kepada rakan-rakan serta sanak saudara kerana alhamdullilah.. walaupun masih baru.. kami sudah dapat banyak sponsor.. :)

Selepas ini banyak lagi pertandingan yang akan kami buat untuk anda semua... Jadi setialah bersama kami.. :)

Perkahwinan Artis Malaysia Yang Hangat

1. Perkahwinan Yang Paling Ditunggu Ramai

Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21-08-2006)

Majlis perkahwinan Siti Nurhaliza Taruddin merupakan perkahwinan yang paling ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. Siti mula memberi isyarat kepada umum bahawa hatinya sudah berpunya ketika menerima Anugerah Bintang Popular 2005 dengan ucapan, “Ini merupakan hadiah kepada peminat, terima kasih kepada teman-teman seperjuangan dan juga orang yang saya sayangi”.

Makan hati seluruh jejaka Malaya apabila mendapat tahu Siti memilih lelaki yang jauh lebih matang dengan misai lebat di bibir! Mulalah ramai lelaki yang menanam misai dengan harapan dapat memikat gadis-gadis yang ayu macam Siti. Kata Siti, dia suka cara Datuk K melayan anak-anak. Nampaknya skill pandai melayan anak juga boleh digunakan sebagai taktik memikat hati wanita. Sudah setahun lebih berumahtangga, Siti dan Datuk K masih mendapat perhatian peminat dan media hingga ke hari ini.


2. Perkahwinan Yang Diserbu Tetamu Tidak Diundang Paling Ramai

Ziana Zain & Armin Zaharin (2-5-1998)

Artis berpinggang kerengga ini cukup top pada tahun 90-an dengan lagu-lagu bernada tinggi serta diketahui umum sebagai gadis pujaan hati Azwan Ali. Pertunangan Ziana dengan seorang kakitangan MAS tidak dapat dihidu wartawan tetapi apabila dia diijabkabulkan dengan Armin Zaharin di rumah ibubapanya di Subang, majlis perkahwinan Ziana telah diserbu oleh 15,000 peminat yang tidak diundang.

Dikhabarkan, bapa Ziana, Pak Zain yang terkenal dengan sifatnya yang baik hati, telah memesan dua lori nasi minyak untuk menampung tetamu yang begitu ramai. Pandai betul Pak Zain cari syarikat yang boleh hantar nasi minyak pakai lori. Perkahwinan beliau juga telah menyebabkan Ogy dan rancangan Melodi disaman Azwan Ali berikutan komen Ogy yang mengatakan Azwan makan hati sengsorang kerana Ziana sudah bernikah. Ziana dikurnia dua orang anak lelaki bersama Armin dan kekal sehingga ke hari ini.


3. Perkahwinan Ditaja Paling Singkat

Erra Fazira & Yusry (15-3-2003)

Erra Fazira merupakan pelakon handalan cantik jelita dan Yusry KRU pula ialah seorang artis lelaki kacak bergaya serta kaya. Apabila kedua selebriti ini memutuskan untuk mendirikan rumahtangga, begitu ramai pihak yang mahu menaja kerana pasti perkahwinan ini akan mendapat coverage luar biasa.

Tekaan pihak penaja tepat sekali apabila perkahwinan Erra dan Yusry merangkul takhta Wedding of the Year 2003 apabila majlis perkahwinannya dibuat secara besar-besaran di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Run Razak Kuala Lumpur dan dihadiri oleh 10,000 peminat. Nak tambah glamor, kedua mempelai guna banyak angka tiga seperti nikah pada 15-3-03, wang hantaran bernilai 33,333.33, entourage pihak lelaki seramai 33 orang dan mereka kena datang pukul 3.30 petang. Malangnya, pasangan Erra dan Yusry mampu bertahan selama tiga tahun sahaja dan bercerai pada 16-6-06.

4. Perkahwinan Yang Mempunyai Hantaran Paling Tinggi

Mazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)

Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M yang kecil molek bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987 dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu juta ringgit.

Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin binti Hamzah sahaja.

5. Perkahwinan Duda Malaysia Paling Laku

M. Nasir & Marlia Musa (31-08-2000)

Komposer dan penyanyi terkenal M. Nasir ialah jenis lelaki semakin tua semakin menarik. Walaupun beliau seorang duda beranak lima, faktor ini tidak menjadi halangan untuk dirinya digilai oleh ramai wanita Malaysia daripada pelbagai lapisan umur. Pada 31 Ogos 2000, beliau memilih untuk bernikah dengan pelakon popular Marlia Musa yang membuat ramai wanita ternganga tidak percaya.

Menurut Marlia, M. Nasir merupakan cinta pertamanya dan bagi M. Nasir, Marlia merupakan wanita yang boleh mengisi kekosongan hidupnya dan anak-anak.''Saya suka sesuatu perkara misalnya sejenis kain dan dia (Marlia) ada kain itu,” kiasan yang sukar dimengerti oleh orang biasa. Marlia disunting dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai RM2,000 termasuk lima anak segera daripada perkahwinan M.Nasir yang sebelumnya.

6. Perkahwinan Tutup Kontroversi

Linda Rafar & Keifli (1-5-1999) vs Edry & Milia Mohamad (5-11-1999)

Linda Rafar, penyanyi kumpulan ala-ala Spice Girls Malaysia yang berada di bawah naungan KRU Records pernah mempunyai hubungan cinta dengan Edry KRU, adik paling bongsu kumpulan tiga beradik KRU. Pada tahun 1999, 11 gambar bogel dengan aksi-aksi lucah yang begitu mirip kepada mereka berdua telah terpampang di Internet. Sejurus selepas kontroversi itu tercetus, Linda dan Edry menutup cakap-cakap orang dan kontroversi yang melanda dengan bernikah dengan pasangan masing-masing.

Linda Rafar bernikah dengan pemandu go-kart kebangsaan, Keifli Datuk Othman pada 1 Mei 1999 manakala Edry pula bernikah dengan Milia Mohamad, setiausaha kepada abangnya Norman pada 5 November 1999. Perkahwinan Linda Rafar dengan Keifli mampu bertahan selama lima tahun sahaja setelah mendapat dua orang hero dan mereka bercerai talak satu pada 5 Ogos 2004. Edry pula baru sahaja menimang cahayamata ketiga pada 15 Mei 2007.

7. Perkahwinan Yang Mengetepikan Wartawan Hiburan

Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari (4-08-2007)

Natasha Hudson, model terkenal kacukan Melayu-Indonesia-Australia, tidak putus dilanda pelbagai serangan gosip tabloid apabila beliau menamatkan perkahwinannya dengan Mohd Faiz Mohd Raih, seorang anak Datuk yang hanya bertahan selama lima bulan sahaja. Pada 4 Ogos 2007, sekali lagi Natasha menggemparkan dunia hiburan apabila perkahwinannya dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengarah Eksekutf Verti Global yang diadakan di Carcosa Seri Negara tidak membenarkan wartawan hiburan masuk untuk membuat liputan.

Alasan yang diberi ialah takut nak jemput ramai tak cukup nasi. Ramai wartawan yang hadir kecewa dengan sikap Natasha kerana wartawan datang nak buat liputan, bukan nak makan nasi. Akibat peristiwa itu, wartawan hiburan secara sebulat suara telah memboikot Natasha. Walaupun Natasha sedih kerana disisihkan kerana endiriannya tentang hal peribadi, dia telah pun selamat bernikah dan jelas sekali pilihan Natasha ialah seorang Datuk sebagai pasangan hidupnya dan bukan sekadar anak Datuk.

8. Perkahwinan Mengubat Hati Luka

Ina Naim & Suhaimi (12-8-07)

Nor Diana Naim pernah bertunang dengan Mawi, penyanyi tersohor Malaysia sebelum Mawi dijulang sebagai juara Akademi Fantasia ke-3 lagi. Selepas memenangi AF, ramai yang tak sabar-sabar nak tahu siapa tunang Mawi. Mula-mula Ina hanya low profile tetapi apabila Ina berdepan dengan keadaan perhubungan yang semaking meruncing, Ina mendapat liputan meluas daripada wartawan hiburan.

Tidak lama kemudian, hubungan pasangan ini terputus dan bertitik tolak daripada kegagalan cintanya dengan Mawi, Ina semakin agresif dengan buku tulisannya dan pembabitannya dalam dunia muzik dengan terhasilnya album sulung beliau yang berjudul “Duhai Hati”. Pada bulan Jun, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ina Naim bertunang dengan bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad dan dinikahkan dua bulan selepas itu pada 12 Ogos 2007. Kalau nak dinamakan jodoh, tak dapat yang paling popular, yang popular sikit pun jadilah.

9. Perkahwinan Menggunakan Angka Sama Paling Banyak

Eizlan Yusof & Vie Shantie Harun Khan (7-7-07)

Apa ada pada nombor? Nampaknya jika anda seorang artis yang mahu berkahwin, nombor yang dipilih kenalah cantik dan unik, barulah ada style! Bagi pasangan pelakon kacak popular, Eizlan Yusof dan model cantik, Vie Shanti Harun Khan, angka tujuh merupakan sejarah bagi diri mereka berdua. Eizlan bernikah pada 7 Julai 2007 (7-7-07) setelah mula berkenalan pada 7 Julai tahun sebelumnya.

Eizlan dan Vie dua-dua lahir pada bulan 7, jumlah wang hantaran Eizlan kepada model sambilan ini berjumlah RM77,777.77 yang diiringi 7 dulang barangan. Beliau juga berharap anaknya dilahirkan dalam bulan tujuh juga. Untuk mereka yang ingin mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan, cepat-cepat tempah tok kadi pda 8-8-08 supaya rumahtangga anda ‘ong’ selamanya. Kalau tak dapat tarikh tersebut, 18-8-8 atau 28-8-8 juga cantik.

10. Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Istimewa

Erra Fazira dan Engku Emran 25-10-2007

Erra Fazira sekali lagi masuk senarai dengan menamatkan zaman jandanya dengan Ketua Pengarah Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 October 2007 lalu. Erra membuat keputusan untuk memilih Emran selepas kononnya berlaku adegan tumbuk menumbuk antara Hans dan Emran di rumah Erra beberapa minggu sebelum itu. Walaupun Emran dikatakan sakit ditumbuk, Hans sakit lagi teruk apabila Erra memilih Emran untuk menjadi suami.

Erra membuat pengumuman bahawa bukan harta yang dicarinya tetapi cinta dan kasih sayang, lantas dia hanya mahukan senaskah Al-Quran sebagai hantaran. Untunglah Emran dapat isteri yang bukan sahaja cantik malah baik dan merendah diri. Majlis perkahwinan Erra kali ini dibuat secara sederhana di kalangan keluarga dan teman-teman, bekas suami juga dijemput tetapi Yusry tentu sekali ada komitment lain ketika itu.

Sunday 23 May 2010

Perkahwinan Umie Aida & Khairuddin






Ramai yang tidak menyangka aktres Datin Paduka Umie Aida akan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

Melihat riak bahagia di wajah Umie, 37, dan suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, ketika majlis persandingan mereka di Hotel One World semalam, jelas terpancar bibit-bibit cinta yang masih mewangi.

Warna-warna ceria yang menghiasi ruang persandingan lebih membuahkan makna kepada erti cinta sebenar yang diraih oleh Umie dan Khairuddin.

“Selepas bernikah, saya rasa angau bercinta dengan abang dan seperti hendak mengikut ke mana sahaja dia pergi,” kata Umie dalam satu sidang media selepas majlis persandingan itu.

Cara Umie bercerita menampakkan dirinya kini sudah tidak sepi tanpa cinta. Duda anak dua itu bagaikan telah berjaya menakluk hati Umie yang sebelum ini hampir membatalkan perkahwinannya.

Pasangan itu telah selamat melangsungkan pernikahan pada 14 Mac lalu di Tanah Suci Mekah.

“Alhamdulillah, selepas dua minggu bergelar isteri, saya menjadi manusia yang berbeza kerana sebelum mengenali abang, saya takut tiada perasaan cinta. Syukur, saya dapat rasai sendiri rasa cinta kepada abang.

“Saya tak boleh nak luahkan bagaimana nikmat bercinta selepas berkahwin. Semasa baru lepas bernikah, saya rasa kelakar apabila duduk berduaan dengannya. Kenangan waktu itu sangat bahagia dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli,” ujarnya sambil tersenyum di sisi suami tercinta.

Diusik apakah juadah pertama yang dimasak oleh Umie, dia berkata suaminya sempat menjamah sarapan pagi berupa roti sardin dan sup. Lantas, Khairuddin di sebelah mencelah: “Sedap sangat…”

“Abang dah mula bekerja. Apabila dia pulang kerja, dia tidak mahu saya terlalu sibuk memasak untuknya. Cukuplah sekadar menyediakan buah-buahan,” kata Umie yang turut sibuk dengan persiapan untuk berpindah ke rumah baru mereka di Bukit Kiara.

Ditanya tentang bulan madu, mereka akan terbang ke London memandangkan Khairuddin mempunyai urusan urusan perniagaan di sana pada bulan April ini.

Menyentuh tentang anak, Umie yang mempunyai dua orang anak angkat itu berserah kepada Tuhan untuk mengurniakan anak pada bila-bila masa.

Tepat pukul 9 malam tadi, Umie dan Khairuddin disandingkan di atas pelamin rekaan Jovian Mandagie serta menyarungkan persalinan berwarna merah cili rekaan pereka yang sama.

Hampir 1200 tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang hadir ke majlis itu.

Turut hadir dalam majlis yang dikendalikan oleh Juita Jalil itu adalah keluarga Umie termasuk kakaknya, pengarah dan pelakon Erma Fatima, keluarga pihak lelaki, selebriti terkenal tanah air seperti Erra Fazira, Serina Redzuawan, Dynas, Nabila Huda, Sazzy Falak, Nazril Idrus, Liyana Jasmay, Misha Omar, Fazura, Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Fahrin Ahmad.

Umie dan Khairuddin ditepung tawar oleh kedua-dua jemputan khas itu dan makan beradap bersama-sama. Sekali-sekala, mempelai dan tetamu turut diraikan dengan tarian Melayu tradisional dan nyanyian lagu-lagu ‘evergreen’ oleh Farhan, Ziana Zain dan Salamiah Hassan.

Selepas upacara makan beradap, pasangan pengantin menukar persalinan kedua yang serba putih untuk upacara memotong kek.

Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

Mungkin anda masih lagi teringat-ingat akan majlis perkahwinan penyanyi no 1 malaysia iaitu, Situ nurhaliza dengan pasangannya Dato K. Ada yang menjadikan perkahwinan Siti Nurhaliza sebagai perkahwinan impian mereka.. pada yang sudah lupa akan kegemilangan majlis tersebut, kami di Perkahwinan-1Malaysia ingin mengembalikan nostaglia tersebut...


Perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk KhalidPerkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk Khalid

KUALA LUMPUR: Ibarat kisah fantasi yang sering dibayangkan dalam novel cinta, begitulah gambaran kemeriahan majlis persandingan penyanyi terkenal, Datin Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Daripada riak wajah pengantin tergambar segenap rasa bahagia yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Melangkah anggun dengan persalinan kebaya moden putih, Badarsila dipetik daripada judul lagu popularnya rekaan Radzuan Radziwill ke Dewan Pameran 1 & 2, Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC), senyuman dan debaran mengiringi langkah pasangan pengantin baru itu untuk upacara bersanding.

Paluan irama gamelan kumpulan Tepak Sirih dari Singapura bergema di segenap ruang foyer ketika pasangan pengantin sensasi itu diarak menuju ke pelamin, Mahligai Asmara rekaan Datuk Shah Rezza dari Nusantara Gems Sdn Bhd yang tersergam di tengah dewan.
Bungaan segar melatari setiap sudut dewan seperti mengalu-alukan ketibaan lebih 2,500 tetamu yang diundang khas bagi meraikan hari bersejarah pasangan yang diijabkabulkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, pagi Isnin lalu.

Kira-kira jam 9 malam, upacara persandingan bermula apabila pasangan mempelai sepadan itu diarak masuk dewan, serentak dipancarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi TV3
Bermula dengan bacaan doa dan pujian ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW oleh Ustaz Asri Ubaidullah daripada kumpulan Rabbani, majlis penuh gemilang itu diteruskan dengan acara merenjis sebelum upacara makan beradab dilangsungkan.

Siti kelihatan tenang, wajah bersihnya yang disolek cantik oleh jurusolek dari Indonesia, Mia terukir senyuman bahagia namun suaminya kelihatan agak gementar, lebih banyak tertunduk ketika upacara berlangsung.

Upacara merenjis itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri, Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan isteri, Sultanah Nur Zahirah; Tuan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Hajah Norkiah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Ketika acara makan beradab, sebagai halwa telinga tetamu persembahan hiburan daripada dijayakan artis terkenal tempatan dan Indonesia antaranya Azlina Aziz, Kris Dayanti, Ning Baizura, Ziana Zain, Datuk M Daud Kilau, Uji Rashid, Ezlynn, Too Phat, Nora dan Nash dipersembahkan.
Rangkaian lagu popular bertemakan cinta antaranya Syurga Di Hati Kita, Permata, Semakin Hari Semakin Sayang, Bukan Cinta Biasa, Mencintaimu, Percayalah dan Can't Help Fallin' Love berkumandang, seakan meraikan cinta suci mereka.

Pengantin perempuan turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta ciptaan sepenuhnya Siti yang ditujukan khas buat suami tercinta.

Peluklah daku, sayangi daku, berjanji denganku semai cinta nan satu adalah antara bait lirik Cahaya Cinta yang jelas menggambarkan betapa tinggi harapan yang diletakkan Siti terhadap istana cinta yang baru seminggu dilayarinya.

Melengkapkan hari bersejarah mereka, kedua mempelai kemudian menukar persalinan dengan rekaan Michael Ong untuk acara memotong kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.Untuk upacara itu, Siti menggayakan gaun berwarna krim dan pink bernilai RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan.

Pasangan mempelai turut meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapa pengantin perempuan, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik yang ke-38 yang kebetulan disambut semalam. Acara itu juga menjadi kejutan manis buat ibu bapa Siti yang diraikan pada malam bahagia anak kesayangan mereka.Sebagai memeterai upacara ulang tahun itu, Siti membuat kejutan dengan menjemput kedua-dua ibu bapanya untuk memotong pulut kuning. Ishak Nengah dan Zakiah Anas bertindak sebagai pengacara sepanjang majlis persandingan itu berlangsung.
Antara artis yang hadir ialah Anita Sarawak dan suami, Mohd Mahathir Abdullah, Erra Fazira, Umie Aida, Camelia, Ella, Chef Wan, Hetty Koes Endang, Aishah, Norlia Ghani, Azwan Ali dan Betty Banafe.

Terdahulu, kira-kira jam 5.40 petang, Siti menunaikan janjinya untuk bertemu peminat yang diadakan di balkoni Tingkat 3, KLCC sebagai menggantikan acara perarakan berkuda yang dibatalkan atas sebab keselamatan.Siti yang jelita dengan gaun putih disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, sempat meluangkan masa selama tujuh minit sebelum memberi laluan kepada pihak media untuk sesi bergambar.
Lebih 1,000 peminat yang membanjiri pekarangan Taman KLCC mengambil kesempatan untuk melihat dari dekat wajah penyanyi terkenal itu, sebahagian besarnya adalah peminat warga Indonesia.Bagaimanapun, sesi itu mengundang rasa kecewa sebahagian peminat yang hadir kerana tidak puas menatap wajah Siti yang hanya muncul dalam masa singkat sebelum kembali ke dewan untuk persiapan majlis resepsi. Sebelum ini pihak pengurusan Siti menjanjikan sesi itu berlangsung selama 30 minit.

Maka tertunailah segala impian yang pernah Siti impikan dan lengkap kini fasa kehidupan penyanyi tersohor itu apabila bergelar isteri kepada Khalid, usahawan ternama yang bertakhta di sudut hatinya sebagai suami

INFO
Persandingan Siti, Datuk K
* Kek perkahwinan sembilan tingkat bernilai RM12,000.

* Siti menggayakan gaun krim dan pink RM35,000, diserikan dengan layah sepanjang enam meter yang disiapkan sepenuhnya selama sebulan untuk upacara memotong kek.

* Gaun putih Siti disulami 8,888 butiran mutiara asli rekaan Khoon Hooi berharga RM300,000, ketika bertemu peminat di balkoni tingkat 3 KLCC.

* Siti turut mengalunkan lagu terbarunya, Cahaya Cinta hasil ciptaannya yang ditujukan khas untuk suami tercinta, Datuk K.

* Siti menjemput kedua-dua ibu bapanya untuk memotong pulut kuning meraikan ulang tahun ke-38 perkahwinan mereka.