Thursday 17 June 2010

Perkahwinan



Perkahwinan lahir dari sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan dengan manusia lain. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul. Perkahwinan yang suci akan memancarkan perasaan saling cinta, kerjasama, tanggungjawab dan terbitlah kebahagian yang diidamkan.

Erti nikah@kahwin menurut bahasa ialah kumpul atau himpun dan menurut istilah syarak ialah satu perjanjian (akad) yang menggunakan perkataan nikah atau kahwin bagi menyatukan lelaki dengan perempuan untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan dengan mengikut peraturan-peraturan tertentu.


Tujuan dan hikmat kita kahwin antara lainnya:
1. Dapat memenuhi perasaan semula jadi yang memang ada pada tiap-tiap manusia dengan cara yang diredhai oleh Allah.
2. Dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam perzinaan dan kejahatan yang boleh merosakan pekerti manusia yang tinggi.
3. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


“Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat, menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)”

4. Mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah. Dengan memiliki anak yang soleh ibubapa akan mendapat pahala yang mengalir dalam kuburnya berkat doa anak-anak.


Rasulullah s.a.w bersabda : “Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya”


Sekumpulan orang perempuan datang menghadap Rasulullah s.a.w untuk minta nasihat dari beliau.


Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap perempuan di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak, maka mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang dari api neraka”. Perempuan-perempuan itu bertanya : “Bagaimana kalau melahirkan dua orang anak?”. Rasulullah s.a.w. menjawab “Ya, dua orang anak pun demikian juga”.

5. Melahirkan generasi yang baru dalam meneruskan perjuangan umat Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan. Sesungguhnya saya akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain) ”.


Allah s.w.t. berfirman : Ertinya:
“Tuhan telah menjadikan dari kamu itu pasangan suami isteri dan dari pasangan suami isteri itu pula lahirnya anak-anak dan cucu-cicit (keturunan yang banyak)” (Q.S. An.Nahl, 72).


Gandaan pahala & berkat
1. Ibadah orang yang berkeluarga dan dengan ibadah orang yang tidak berkeluarga adalah berbeza disegi pahalanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh rakaat orang yang hidup membunjang”.


2. Melengkapkan iman
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)

Tatacara Perkahwinan
1. Sebelum berkahwin kedua-dua calon suami dan isteri mesti mengambil langkah-langkah yang perlu supaya pernikahan yang akan dijalankan berjaya mencapai matlamatnya. Di antara langkah itu ialah dengan :
2. Mencari sifat-sifat atau ciri-ciri yang dituntut pada kedua-dua pasangan
3. Melihat bakal tunang
4. Meminang
5. Memilih calon
Sabda Rasulullah s.a.w : “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka ambillah wanita yang taat kepada agama kerana kamu akan beruntung”.

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan kelebihan2 yang akan diperolehi oleh seseorang yang berkahwin lantaran kerana agama dan juga keburukan orang yang berkahwin semata-mata kerana mengharapkan harta, kecantikan dan juga kebangsawanan (pangkat, gelaran).

Sabda Rasulullah s.a.w : “Barang siapa yang berkahwin dengan seseorang wanita kerana hartanya dan kecantikannya, nescaya Allah akan melenyapkan harta dan kecantikannya. Dan barang siapa yang berkahwin kerana agama nescaya Allah akan kurniakan padanya harta dan kecantikan”.


“Barang siapa yang menikahi seseorang perempuan semata-mata kerana hartanya, nescaya tidak akan bertambah kekayaannya, sebaliknya kemiskinan yang akan diperolehinya”.


“Barang siapa yang mengahwini seseorang perempuan kerana kebangsawanan (status) nescaya Allah tidak akan menambahnya kecuali kehinaan”.

Meminang
Disunatkan meminang terlebih dahulu bagi seseorang lelaki yang hendak mengahwini seseorang wanita dan dibenarkan melihat wanita tersebut sebelum ke jinjang pelamin supaya dia dapat menghadapi perkahwinan itu dengan jelas serta terang.


Diriwayatkan oleh Jabir daripada Rasulullah s.a.w “ Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seseorang perempuan dan kamu berupaya melihatnya yang boleh mendorong kamu untuk menikahinya maka lakukanlah”.

Menentukan Mahar
Mahar pada istilah bererti sesuatu yang diberikan oleh lelaki (suami) kepada bakal isteri sebagai tukaran atau jaminan bagi sesuatu yang akan diterimanya dari diri isteri itu. Mahar adalah hak isteri. Banyak atau sedikit mahar itu bergantung kepapa kehendakdan kemahuan isteri. Sebaliknya apabila isteri tidak menuntut apa-apa maka hilanglah kewajipan memberinya.


Ijab dan qabul
Perkara yang menjadi pokok utama perkahwinan itu ialah kesediaan dan persetujuan kedua pihak untuk menjalin hubungan antara mereka. Kesediaan dan persetujuan ini memerlukan pengungkapan yang menyatakan kebulatan hati untuk menjalin hubungan tersebut. Maka ijab adalah keinginan untuk mengadakan hubungan perkahwinan manakala qabul adalah kesediaan untuk menerima keinginan tersebut.


Walimah
Walimatulurus adalah berkumpulnya khusus tentang makan dalam majlis perkahwinan untuk para undangan dan hukumnya adalah sunat muakkad. Tidak digalakkan mengadakan secara besar-besaran dan bercampur aduk dengan perkara yang bertentangan dengan syarak.


Hukum Nikah
Dalam Islam pada dasarnya adalah harus tetapi dalam keadaan2 tertentu hukum ini akan bertukar kepada hukum-hukum yang lain seperti sunat, haram, makruh dan juga wajib.
Wajib :

Apabila seseorang itu cukup syarat, mampu dan keinginannya sangat tinggi untuk beristeri kerana ditakuti boleh membawa kepada perzinaan.
Sunat :

Berhajat, cukup syarat dan berkemampuan sedangkan kalau ia tidak berkahwin pun ia masih dapat memelihara dirinya dari melakukan maksiat.
Makruh :

Tiada kemampuan, orang yang tidak berhajat kepada kahwin seperti tidak ada keinginan nafsu samada disebabkan faktor semula jadi atau perkara seperti mati pucuk, terlalu tua atau sebagainya.
Haram :

Apabila seseorang itu tidak mampu, tidak cukup syarat, tidak bertanggungjawab (berkahwin semata-mata untuk mengkhianati perempuan tersebut).
Harus :

Mereka yang tidak mempunyai apa-apa dorongan untuk berkahwin dan tidak juga mempunyai apa-apa halangan untuk berkahwin.


Rukun Nikah
1. Perempuan bakal isteri
2. Lelaki bakal suami
3. Wali yang menikahkan
4. Sighah atau ijab dan qabul
5. Dua orang saksi

1 comment:

  1. --
    HUKUM MEMAKAI INAI PD LELAKI & WANITA & MENGUKIR inai
    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/f3fc6b80209d178248257669001bdd4f?OpenDocument

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/98d640c28d3ae777482576b000137993?OpenDocument

    http://islam4peace.net/v1/articles.php?article_id=89

    HUKUM LELAKI berINAI
    http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/hukum-lelaki-berinai.html

    HUKUM MEMAKAI SUASA BAGI LELAKI
    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/46573c57f718868d002572b1007b6310?OpenDocument

    HUKUM BERSANDING
    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/3610f97acebbcf8648257508001be78e?OpenDocument

    CIRI - CIRI LELAKI DAYUS
    http://www.facebook.com/note.php?note_id=273160846082

    TANDA - TANDA ISTERI NUSYUZ / DERHAKA
    http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98/h_ciri.htm

    PERKARA YG MEMBATALKAN IMAN (khas bagi si suami sila selak M/S 9)
    http://razzyy.com/Nota/NotaTingkatan4/NotaAqidah4/PERKARA%20YANG%20MEMBATALKAN%20IMAN.doc

    HUKUM LELAKI MEMAKAI RANTAI, LOKET, GELANG
    http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id21.html

    http://aisyemas.blogspot.com/2010/01/hukum-lelaki-memakai-barangan-perhiasan.html

    HUKUM TEPUNG TAWAR
    http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2009/01/upacara-tepung-tawar.html

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/75daa8b2d9a45d22482575a50013c161?OpenDocument

    HUKUM TEPAK SIREH & SIREH JUNJUNG
    http://ceriteraseoranginsan.blogspot.com/2010/04/bersanding-hantaran-tepak-sireh-haram.html

    http://www.4shared.com/audio/Je9EzsUL/ustaz_azhar_idrus_-_soal_jawab.html?s=1

    ADAT JGN BERTENTANGAN SYARIAT
    http://ypnet.nurhikmah.org.my/index.php?option=com_fireboard&Itemid=27&id=87&catid=25&func=fb_pdf

    MENAGIH KEBERKATAN DALAM MAJLIS KENDURI KAHWIN DAN KESYUKURAN
    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17629&Itemid=99999999

    PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM DALAM MAJLIS KENDURI KAHWIN
    http://emjayjb.multiply.com/journal/item/155

    HUKUM MENGURUSKAN URI / TEMBUNI BAYI
    http://nuwairah.blogspot.com/2009/06/uruskan-uri-bayi-menurut-islam.html

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/8d3e94ffac9e151a482574350005ad5c?OpenDocument

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/523c2bc7f057bd324825751400282ebd?OpenDocument

    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/943400221d1e51f3482575b0002d6d56?OpenDocument

    LAIN - LAIN
    http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/nok-tanye-bukan-nok-maroh.html

    ReplyDelete