Monday 24 May 2010

Pertandingan "Cinta-Mu & Hati-Ku"

Assalamualikum semua...

Cuti sekolah yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Tentu anda semua banyak menerima undangan perkahwinan dari sanak saudara, rakan taulan mahupun jiran tetangga..

Oleh itu, semperna Musim Perkahwinan ini, kami telah menganjurkan satu pertandingan iaitu "Cinta-Mu & Hati-Ku"...

Tiada syarat penyertaan ditetapkan.. anda hanya perlu post luahan rasa cinta terhadap kekasih atau suami/isteri dalam 500 patah perkataan... Luahan rasa cinta yang menarik dan kreatif akan dipilih menjadi juara..

Pemilihan juara akan dinilai oleh pengadil-pengadil professional kami... Hadiah yang ditawarkan adalah sebuah novel KarangKraf Sdn Bhd.. (yang menariknya anda boleh memilih sendiri tajuk novel yang anda inginkan.. dan kami akan tunaikan jika anda adalah pemenangnya).

Selain itu.... hehehehe sang juara juga akan dihubungi oleh Perkahwinan-1Malaysia untuk kami pos-kan luahan rasa cinta anda kepada sang kekasih dalam bentuk poskad. Lakukan kejutan untuk insan tercinta yang paling anda sayangi...

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Jun 2010..

"Cinta-Mu & Hati-Ku"

So anyway, just click at the ‘Comment’ page and leave your feel now!!! :D

Good luck to all people! XoXo!!! ^_^

p/s : oleh kerana blog Perkahwinan-1Malaysia ini masih baru dah masih tidak mempunyai ramai pengikut.. kami berharap anda akan suggestkan blog ini kepada rakan-rakan serta sanak saudara kerana alhamdullilah.. walaupun masih baru.. kami sudah dapat banyak sponsor.. :)

Selepas ini banyak lagi pertandingan yang akan kami buat untuk anda semua... Jadi setialah bersama kami.. :)

5 comments:

  1. nak tanya, macam mana nak sertai pertandingan ni?

    ReplyDelete
  2. caranya senang sahaja puan, puan just luahkan rasa cinta terhadap suami/isteri/kekasih dalam 500 patah perkataan...

    So anyway, just click at the ‘Comment’ page and leave your feel now!!! :D

    Good luck to all people! XoXo!!! ^_^

    ReplyDelete
  3. luahan buat insan bernama kekasih..

    hati berbisik,
    jiwa terusik,
    buta jadi celik,
    serentak air mata menitik.

    hatiku tersentuh ketika mana melihat ketulusanmu, keikhlasanmu untuk hidup bersama denganku. kau sedar, tentang dugaan yang bakal membelenggu kerana kita bukan dari dunia yang satu. perbezaan ini membingungkanku, namun kau tetap tabahkan hatimu untuk bersamaku.

    niat sucimu ingin kita segera dinikahkan, tetapi kehendak dan syarat keluargaku menyebabkan ia tertahan, dengan tenang kau berbicara memintaku bersabar, untuk menantikan bahagia yang lebih besar.

    dua dunia kita berbeza. dibesarkan dan hidup dalam komuniti yang tidak sama. berfikir dan mempunyai persepsi yang sangat kontra. mungkin ini dikatakan hidup saling melengkapi antara adam dan hawa, hanya untuk kenal-mengenali sesama manusia.

    di dalam doaku moga kita sabar dan tabah. di dalam sujudku moga kita berdua tidak rebah. akan ku genggam janji setia menuju ke alam nikah, moga dapat disatukan... penuh restu dan berkah.

    nukilan,
    norlina alfan a.k.a salju putih

    ReplyDelete
  4. ayok...
    contest ni baru sorang masuk...
    invite more people plzz...
    make its funs..

    ReplyDelete
  5. contest dah close eh? :)
    alaa...x sempat sbb bru 1st time nampak your blog. :(

    ReplyDelete